Zefanya 1:3-7 Alkitab Berita Baik (BM)

3. semua manusia dan binatang, termasuk burung dan ikan. Aku akan menumpas orang jahat. Aku akan membinasakan segenap umat manusia; tiada seorang pun akan Kubiarkan hidup. Aku, TUHAN, telah berfirman.

4. Aku akan menghukum penduduk Yerusalem dan penduduk seluruh Yehuda. Aku akan melenyapkan sisa-sisa penyembahan Baal dari tempat-tempat itu. Imam-imam yang mengabdikan diri kepada Baal akan dilupakan sama sekali.

5. Aku akan membinasakan sesiapa sahaja yang naik ke bumbung untuk menyembah matahari, bulan dan bintang-bintang. Aku juga akan membinasakan orang yang menyembah Aku dan bersumpah setia kepada-Ku, tetapi juga bersumpah demi nama Dewa Milkom.

6. Aku akan membinasakan orang yang telah meninggalkan Aku dan tidak lagi mengikut Aku; mereka yang tidak datang kepada-Ku dan tidak minta bimbingan daripada-Ku.”

7. Hari TUHAN sudah hampir. Pada hari itu Dia akan menghakimi orang; oleh itu berdiam dirilah di hadapan-Nya. TUHAN sedang bersedia untuk membantai umat-Nya seperti binatang disembelih untuk korban, dan Dia telah menjemput musuh untuk menjarah Yehuda.

Zefanya 1