Zefanya 1:10-13 Alkitab Berita Baik (BM)

10. TUHAN berfirman, “Pada hari itu, kamu akan mendengar tangisan di Gerbang Ikan di Yerusalem. Suara ratapan akan kedengaran dari perkampungan baru di kota itu dan bunyi dentum yang kuat akan bergema dari bukit-bukit.

11. Merataplah dan menangislah apabila kamu mendengar semua itu, hai penduduk kota di bahagian bawah, kerana semua pedagang telah mati.

12. Pada masa itu Aku akan mengambil pelita dan menggeledah kota Yerusalem. Aku akan menghukum penduduknya yang puas dan yakin dengan diri sendiri, dan yang berkata, ‘TUHAN tidak pernah bertindak begini atau begitu.’

13. Harta mereka akan dirampas dan rumah mereka dimusnahkan. Mereka akan membangun rumah, tetapi tidak mendiaminya. Mereka akan mengusahakan ladang anggur tetapi tidak minum wain, hasil ladang itu.”

Zefanya 1