21. Penduduk dari kota yang satu akan berkata kepada penduduk kota lain, ‘Mari kita pergi menyembah TUHAN Yang Maha Kuasa dan memohon berkat-Nya. Ikutlah kami!’
22. Banyak orang dan banyak bangsa yang kuat akan datang ke Yerusalem untuk menyembah TUHAN Yang Maha Kuasa dan memohon berkat-Nya.
23. Pada masa itu, sepuluh orang asing akan datang kepada satu orang Yahudi dan berkata, ‘Kami juga mahu diberkati seperti kamu kerana kami mendengar bahawa Allah menyertai kamu.’ ”