1. Selepas seluruh bangsa itu menyeberangi Sungai Yordan, TUHAN berfirman kepada Yosua,
2. “Pilihlah dua belas orang, seorang daripada tiap-tiap suku,
3. lalu suruhlah mereka mengambil dua belas buah batu dari tengah-tengah sungai, tepat pada tempat imam-imam itu berdiri. Suruhlah mereka mengangkat batu-batu itu dan meletakkannya di tempat kamu berkhemah malam ini.”
4. Kemudian Yosua memanggil dua belas orang yang telah dipilihnya