Yosua 3:8-12 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Perintahlah imam-imam yang membawa Tabut Perjanjian itu supaya masuk ke dalam sungai setibanya mereka di situ, dan berdiri dekat tebingnya.”

9. Kemudian Yosua berkata kepada umat, “Mari, dengarlah firman TUHAN, Allah kamu.

10. Apabila kamu maju kelak, Dia pasti akan mengusir orang Kanaan, Het, Hewi, Feris, Girgasi, Amori, dan Yebusi. Kamu akan tahu bahawa Allah yang hidup hadir di tengah-tengah kamu

11. apabila Tabut Perjanjian TUHAN alam semesta, digotong menyeberangi Sungai Yordan, mendahului kamu.

12. Sekarang pilihlah dua belas orang, seorang daripada tiap-tiap suku Israel.

Yosua 3