Yosua 17:3-6 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Tetapi Zelafehad anak Hefer, cucu Gilead, (Gilead ialah anak Makhir, cucu Manasye), tidak mempunyai anak lelaki. Zelafehad cuma mempunyai anak perempuan. Nama mereka ialah Makhla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza.

4. Mereka menghadap Imam Eleazar, Yosua anak Nun, serta para pemimpin Israel, dan berkata, “TUHAN memerintah Musa supaya memberi kami bahagian tanah untuk menjadi milik kami seperti sanak saudara kami yang lelaki.” Oleh itu, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, mereka pun diberikan tanah bersama dengan beberapa orang saudara lelaki mereka.

5. Itulah sebabnya suku Manasye mendapat sepuluh bahagian tanah, selain daerah Gilead dan Basan di sebelah timur Sungai Yordan,

6. kerana keturunannya lelaki dan perempuan mendapat bahagian tanah. Tanah Gilead diberikan kepada keturunan Manasye yang lain.

Yosua 17