Yohanes 21:12-14 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Yesus berkata kepada mereka, “Marilah makan.” Tidak seorang pun daripada pengikut-Nya berani bertanya, “Siapakah tuan?” kerana mereka tahu bahawa Dia Tuhan.

13. Oleh itu, Yesus menghampiri mereka, mengambil roti, lalu memberikan roti itu kepada mereka. Dia berbuat demikian juga dengan ikan itu.

14. Inilah kali ketiga Yesus menampakkan diri kepada pengikut-pengikut-Nya setelah Dia dibangkitkan daripada kematian.

Yohanes 21