1. Kemudian Pilatus menyuruh orang mencambuk Yesus.
2. Askar-askar membuat sebuah mahkota daripada ranting-ranting berduri, lalu mengenakannya pada kepala Yesus. Mereka mengenakan jubah ungu pada-Nya,
3. lalu berulang kali datang kepada-Nya sambil berkata, “Daulat, raja orang Yahudi!” Setelah itu mereka menampar Dia.
4. Pilatus keluar sekali lagi dan berkata kepada orang ramai di situ, “Lihatlah, aku membawa dia ke luar, supaya kamu tahu bahawa aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia.”