Yesaya 48:8-15 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Aku tahu bahawa kamu tidak boleh dipercayai,kamu dikenal sebagai penderhaka.Itulah sebabnya kamu tidak mengetahuinya,dan tidak sepatah kata pun sampai ke telinga kamu.

9. Aku menahan kemurkaan-Ku,supaya orang memuji nama-Ku.Aku menahan kemarahan-Ku,supaya kamu tidak dibinasakan.

10. Aku telah menguji kamu dengan api kesengsaraan,seperti perak diuji di dalam relau.

11. Perbuatan-Ku ini bagi kepentingan-Ku sendiri,Aku tidak akan membiarkan nama-Ku dicemar,atau membahagi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun.”

12. TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai Israel,umat yang telah Kupanggil.Akulah Allah, satu-satunya Allah,yang pertama dan yang terakhir!

13. Tangan-Ku meletakkan asas bumi,dan membentangkan langit.Apabila Aku memerintah langit dan bumi menghadap,kedua-duanya datang dengan segera.

14. Berhimpunlah dan dengarlah, kamu semua!Tidak satu dewa pun dapat meramalkanbahawa orang yang Aku pilih itu akan menyerang Babel;dia akan menjalankan perintah-Ku.

15. Akulah yang telah berfirman serta memanggil dia;Aku memimpin dia dan memberi dia kejayaan.

Yesaya 48