1. Dengarlah hal ini, hai umat Israel,keturunan Yehuda,kamu bersumpah dengan nama TUHANdan mengaku menyembah Allah Israel,tetapi kata-kata kamu itu tidak ikhlas.
2. Namun kamu mengaku dengan banggabahawa kamu warga kota yang suci,dan bahawa kamu bergantung kepada Allah Israel,yang disebut TUHAN Yang Maha Kuasa.
3. TUHAN berfirman kepada Israel,“Sejak dahulu Aku telah berfirman tentang hal yang akan berlaku,lalu dengan tiba-tiba Aku melaksanakannya.
4. Aku tahu bahawa kamu keras kepala,keras hati dan berkepala batu.