Yesaya 45:2-6 Alkitab Berita Baik (BM)

2. “Aku sendiri akan menyediakan jalan bagimu,Aku akan meratakan gunung serta bukit.Aku akan merobohkan pintu gerbang gangsa,dan mematahkan palang-palang besi.

3. Aku akan memberi engkau kekayaandari tempat-tempat yang gelap dan tersembunyi;barulah engkau tahu bahawa Akulah TUHAN,dan bahawa Allah Israel telah memanggil engkau dengan namamu.

4. Aku melantik engkau untuk menolong hamba-Ku Israel,umat yang telah Kupilih itu.Aku telah mengurniakan kehormatan kepadamuwalaupun engkau tidak mengenal Aku.

5. Akulah TUHAN; selain Aku tiada yang lain.Aku akan mengurniai engkau kekuatan yang kauperlukan,walaupun engkau tidak mengenal Aku.

6. Aku berbuat demikiansupaya dari timur sampai ke baratsemua orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN;selain Aku tiada yang lain.

Yesaya 45