Yesaya 36:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Pegawai itu menjawab, “Adakah kamu menyangka bahawa raja Asyur menyuruh aku menyampaikan semua hal ini kepada kamu dan raja kamu sahaja? Tidak. Aku juga menyampaikan semua hal ini kepada orang yang duduk di atas tembok itu, kerana mereka pun mesti makan najis dan minum air kencing sendiri seperti kamu.”

13. Kemudian pegawai itu berdiri dan berseru dalam bahasa Ibrani, “Dengarlah titah raja Asyur kepada kamu!

14. Baginda memberi kamu amaran supaya kamu tidak ditipu oleh Raja Hizkia. Raja Hizkia tidak dapat menyelamatkan kamu.

15. Jangan biar raja kamu menyuruh kamu berharap kepada TUHAN. Jangan sangka TUHAN akan menyelamatkan kamu, dan menghalangi angkatan tentera Asyur merebut kota kamu.

16. Jangan dengarkan Raja Hizkia. Raja Asyur memerintahkan kamu supaya keluar dari kota dan menyerah diri. Kamu semua akan dibenarkan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri, dan buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri,

Yesaya 36