5. Dia telah merendahkan orang yang sombong;Dia memusnahkan kota kukuh yang didiami mereka,dan meruntuhkan temboknya sehingga rata dengan tanah.
6. Orang yang miskin dan sengsaraakan memijak-mijaknya.
7. Jalan yang ditempuh orang baik itu lurus,kerana Engkau, TUHAN, meluruskannya bagi mereka.
8. Kami menurut kehendak-Mu dan berharap kepada-Mu;hanya Engkau yang kami rindui.
9. Jiwaku merindukan Engkau pada waktu malam;aku mencari Engkau dengan segenap hati.Apabila Engkau menghakimi bumi kelak,penduduknya akan mengetahui makna keadilan.