Yesaya 24:8-13 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Muzik gembira daripada kecapi dan rebana tidak kedengaran lagi.

9. Tiada lagi orang yang minum wain sambil bernyanyi; tiada lagi orang yang menikmati minuman keras.

10. Seluruh kota menjadi kacau-bilau. Semua orang mengunci pintu rumah untuk keselamatan.

11. Orang berteriak-teriak di jalan kerana kehabisan wain. Kebahagiaan telah dihapuskan dari bumi selama-lamanya.

12. Kota telah musnah, dan pintu-pintu gerbangnya sudah roboh.

13. Itulah yang akan berlaku kepada tiap-tiap bangsa di seluruh dunia. Hal itu sama seperti akhir musim menuai, apabila buah zaitun habis diambil dan buah anggur habis dipetik.

Yesaya 24