1-3. TUHAN menyuruh aku pergi ke Rumah TUHAN dan berdiri di pintu gerbang yang dilalui penduduk Yehuda ketika mereka datang untuk beribadat. Dia menyuruh aku mengumumkan firman TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, kepada mereka, “Ubahlah kelakuan dan cara hidup kamu, maka Aku akan membenarkan kamu tetap tinggal di sini.
4. Jangan percaya kepada kata-kata dusta ini, ‘Kita aman, kerana ini Rumah TUHAN. Sungguh ini Rumah TUHAN! Memang ini Rumah TUHAN!’
5. Ubahlah cara hidup dan kelakuan kamu. Berlakulah adil terhadap satu sama lain.