8. Mereka seperti kuda jantan yang gemuk dan kuat nafsu berahi;masing-masing mengingini isteri orang lain.
9. Tidak patutkah Aku menghukum bangsa seperti itudan membalas perbuatan mereka itu?
10. Aku akan menghantar musuh untuk merosakkan ladang anggur umat-Ku,tetapi bukan untuk memusnahkannya sama sekali.Aku akan menyuruh musuh memangkas ranting pokok anggur,kerana ranting-ranting itu bukan milik-Ku.
11. Penduduk Israel dan Yehuda telah betul-betul mengkhianati Aku.Aku, TUHAN telah berfirman.”
12. Umat TUHAN mengatakan perkara yang tidak benar tentang TUHAN. Mereka berkata, “Dia tidak akan berbuat apa-apa. Kita tidak akan ditimpa bencana; kita tidak akan mengalami peperangan atau kebuluran.”
15. Hai umat Israel, TUHAN sedang mendatangkan suatu bangsa dari negeri jauh untuk menyerang kamu. Bangsa itu sangat kuat dan sudah ada sejak dahulu kala. Kamu tidak memahami bahasa mereka.
16. Para pemanah mereka askar yang gagah berani; mereka membunuh tanpa belas kasihan.