Yeremia 49:32-36 Alkitab Berita Baik (BM)

32. Rampaslah unta dan semua ternakan mereka! Aku akan mencerai-beraikan semua orang yang memendekkan rambut mereka. Aku akan mendatangkan bencana kepada mereka dari segala arah.

33. Hazor akan dijadikan gurun selama-lamanya, tempat yang hanya didiami serigala. Tiada sesiapa pun akan tinggal di situ lagi. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

34. Tidak lama selepas Raja Zedekia menjadi raja Yehuda, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman tentang Elam kepadaku.

35. Dia berfirman, “Aku akan membunuh semua anggota pasukan pemanah Elam, kerana merekalah yang menjadikan Elam sangat kuat.

36. Aku akan menyebabkan angin dari segala arah meniupkan Elam, dan Aku akan mencerai-beraikan penduduknya sehingga tiada satu negeri pun yang tidak didatangi pelarian dari Elam.

Yeremia 49