Yeremia 46:22-26 Alkitab Berita Baik (BM)

22. Mesir melarikan diri sambil berdesis seperti ular,sementara tentera musuh semakin dekat.Musuh menyerang dengan kapak,seperti orang menebang pokok,

23. seperti orang memusnahkan hutan tebal.Bilangan mereka tidak terhitung,askar mereka lebih banyak daripada belalang.

24. Penduduk Mesir dipermalukan,mereka dikalahkan oleh bangsa dari utara.Aku, TUHAN, telah berfirman.”

25. TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, “Aku akan menghukum Amon, dewa kota Tebe bersama dengan Mesir dan dewa-dewa serta raja-rajanya. Aku akan mengambil raja Mesir dan semua yang berharap kepadanya,

26. lalu menyerahkan mereka kepada orang yang hendak membunuh mereka, iaitu Raja Nebukadnezar dari Babilonia dan tenteranya. Tetapi pada kemudian hari, orang akan tinggal lagi di Mesir, seperti pada masa lampau. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

Yeremia 46