Yeremia 34:16-18-19 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Tetapi kemudian kamu mengubah fikiran dan menghina Aku. Hamba-hamba yang telah kamu bebaskan menurut kehendak mereka, telah kamu ambil kembali dan kamu paksa menjadi hamba semula.

17. Oleh itu sekarang, Aku, TUHAN, berfirman: Kamu tidak taat kepada-Ku; kamu tidak membebaskan sesama bangsa kamu yang menjadi hamba. Jika demikian, Aku akan memberi kamu kebebasan: kebebasan untuk mati kerana peperangan, wabak, dan kebuluran. Aku akan menyebabkan setiap bangsa di dunia ngeri melihat hal yang Aku lakukan kepada kamu.

18-19. Para pegawai negeri Yehuda dan Yerusalem, bersama para pegawai istana, para imam, dan segenap rakyat membuat perjanjian dengan Aku. Mereka menyembelih lembu jantan dan membelahnya menjadi dua, lalu berjalan di antara dua belahan lembu itu untuk mengesahkan perjanjian itu. Tetapi mereka melanggar perjanjian itu dan tidak memenuhi syarat-syaratnya. Oleh itu Aku akan memperlakukan mereka sebagaimana mereka memperlakukan lembu jantan itu.

Yeremia 34