Yeremia 31:29-32 Alkitab Berita Baik (BM)

29. Pada masa itu orang tidak lagi berkata,‘Ibu bapa makan buah anggur yang masam,tetapi anak-anak yang berasa ngilu.’

30. Tetapi sesiapa makan buah anggur yang masam, dia sendirilah yang akan berasa ngilu. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.”

31. TUHAN berfirman, “Akan tiba masanya Aku membuat perjanjian yang baru dengan umat Israel dan Yehuda.

32. Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku menuntun mereka keluar dari Mesir. Walaupun Aku seperti seorang suami kepada mereka, namun mereka mengingkari perjanjian-Ku dengan mereka.

Yeremia 31