Yeremia 26:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Mungkin bangsa itu mahu mendengar, lalu berhenti berbuat jahat. Jika demikian, Aku tidak akan melaksanakan rancangan-Ku. Aku tidak akan membinasakan mereka kerana perbuatan jahat mereka.”

4. TUHAN menyuruh aku berkata kepada mereka, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Aku, TUHAN, telah memberikan perintah supaya kamu mesti taat kepada-Ku dan mematuhi hukum yang telah Kuberikan kepada kamu.

5. Kamu mesti juga mendengarkan apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, iaitu para nabi yang terus-menerus Kuutus kepada kamu. Tetapi kamu tidak pernah mendengarkan mereka.

6. Jika kamu tetap membantah, Aku akan memperlakukan Rumah-Ku ini seperti Aku telah memperlakukan Silo, sehingga semua bangsa di dunia menggunakan nama kota Yerusalem sebagai kutuk.’ ”

7. Para imam, nabi, dan segenap rakyat mendengar segala yang aku katakan di Rumah TUHAN.

8. Segera setelah aku selesai mengisytiharkan segala perkhabaran TUHAN seperti yang diperintahkan-Nya, mereka menangkap aku sambil berseru, “Engkau mesti dibunuh!

Yeremia 26