Yeremia 25:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Nabi-nabi itu melarang kamu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka juga melarang kamu memuja berhala-berhala buatan kamu sendiri, kerana hal itu membangkitkan kemurkaan TUHAN. Jika kamu mentaati perintah TUHAN itu, Dia tidak akan menghukum kamu.

7. Tetapi TUHAN sendiri berfirman bahawa kamu tidak mahu mendengarkan Dia. Malah kamu membangkitkan kemurkaan-Nya dengan berhala-berhala kamu. Kamu sendiri telah mendatangkan hukuman-Nya atas kamu.

8. Oleh sebab kamu tidak mahu mendengarkan firman-Nya, TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,

Yeremia 25