Yeremia 20:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Tetapi, ya TUHAN Yang Maha Kuasa,dengan adil Engkau menguji manusia;Engkau tahu akan isi hati dan fikiran mereka.Oleh itu perkenanlah akumelihat Engkau membalas kejahatan musuhku,kerana aku menyerahkan perkaraku kepada-Mu.

13. Bernyanyilah bagi TUHAN!Pujilah TUHAN!Dia melepaskan orang tertindasdaripada kuasa orang durjana.

14. Terkutuklah hari kelahiranku!Lupakanlah hari ketika ibuku melahirkan aku!

15. Terkutuklah pembawa beritayang menyebabkan bapaku gembira,ketika berita disampaikan kepadanya,“Engkau mendapat seorang anak lelaki!”

16. Biarlah si pembawa berita itu seperti kota-kotayang dihancurkan oleh TUHAN tanpa kasihan.Biarlah dia mendengar jeritan kesakitan pada waktu pagi,dan tempik pertempuran pada tengah hari,

Yeremia 20