Yeremia 14:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)

11. TUHAN berfirman kepadaku, “Janganlah minta Aku menolong umat itu.

12. Walaupun mereka berpuasa, Aku tidak mahu mempedulikan seruan mereka minta tolong; dan meskipun mereka mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Ku dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan berkenan kepada mereka. Sebaliknya, Aku akan membinasakan mereka dengan peperangan, kebuluran, dan wabak.”

13. Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN Raja, Engkau tahu nabi-nabi memberitahu rakyat bahawa tidak akan ada peperangan atau kebuluran, kerana Engkau telah berjanji bahawa di negeri ini akan selalu ada kedamaian.”

14. Tetapi TUHAN menjawab, “Nabi-nabi itu berdusta demi nama-Ku; Aku tidak mengutus mereka, dan tidak juga memberikan perintah atau berfirman kepada mereka. Penglihatan-penglihatan yang diceritakan mereka itu bukan daripada-Ku. Mereka meramalkan hal-hal yang tidak berguna, yang dikarang mereka sendiri.

15. Nabi-nabi berkata demi nama-Ku bahawa negeri ini tidak akan ditimpa peperangan atau kebuluran, padahal Aku tidak menyuruh mereka mengatakan hal itu. Aku, TUHAN memberitahu engkau, apa yang akan Kulakukan terhadap nabi-nabi itu. Aku akan membunuh mereka dengan peperangan dan kebuluran.

Yeremia 14