1. TUHAN berfirman kepadaku,
2. “Perhatikanlah syarat-syarat perjanjian yang Aku buat dengan umat-Ku. Beritahulah penduduk Yehuda dan penduduk Yerusalem bahawa
3. Aku, TUHAN, Allah Israel, mengutuk setiap orang yang tidak mentaati syarat-syarat perjanjian itu.
4. Aku telah membuat perjanjian itu dengan nenek moyang mereka apabila Aku memimpin mereka keluar dari Mesir, negeri yang seperti neraka bagi mereka. Aku menyuruh mereka taat kepada-Ku dan melakukan segala yang telah Kuperintahkan. Aku memberitahu mereka bahawa jika mereka taat kepada-Ku, mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku menjadi Allah mereka.
5. Jika mereka melakukan semuanya, Aku akan menepati janji-Ku kepada nenek moyang mereka bahawa negeri yang subur dan makmur, yang sekarang didiami oleh mereka, akan Kuberikan kepada mereka.”Aku menjawab, “Baiklah, TUHAN.”