1. TUHAN berfirman kepadaku,
2. “Hai manusia fana, pandanglah gunung-gunung Israel, dan sampaikanlah perkhabaran-Ku kepada gunung-gunung itu.
3. Suruhlah gunung-gunung Israel mendengar firman TUHAN dan memperhatikan perkara yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada gunung, bukit, jurang, dan lembah. Aku akan mengirim pedang untuk memusnahkan tempat-tempat penyembahan berhala.
4. Mazbah akan dirobohkan, dan tempat pembakaran kemenyan akan dipecahkan. Semua orang di situ akan dibunuh di depan berhala mereka.
5. Aku akan menyelerakkan mayat umat Israel; Aku akan menyelerakkan tulang mereka di sekeliling mazbah-mazbah itu.
6. Semua kota di Israel akan dimusnahkan supaya semua mazbah dan berhala mereka akan pecah berkecai, tempat pembakaran kemenyan mereka akan hancur, dan segala yang telah dibuat mereka akan lenyap.
7. Orang akan dibunuh di serata tempat, dan mereka yang terselamat akan mengakui bahawa Akulah TUHAN.
8. Aku akan membiarkan sebilangan daripada mereka terlepas daripada pembantaian itu, lalu dicerai-beraikan di negeri-negeri lain.