26. Sesudah imam itu bersih semula, dia mesti menunggu selama tujuh hari lagi,
27. lalu masuk ke halaman dalam di Rumah-Ku, dan mempersembahkan korban untuk menyucikan diri supaya dia boleh bertugas lagi di Rumah-Ku. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.
28. Para imam harus menerima jawatan itu sebagai bahagian mereka daripada apa yang Kuberikan kepada Israel turun-temurun. Mereka tidak boleh memiliki apa-apa warisan di Israel; Akulah warisan mereka.
29. Korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, korban untuk mengampunkan dosa, dan korban untuk membayar ganti rugi, akan menjadi makanan imam. Mereka harus menerima apa-apa sahaja di Israel, yang telah dipersembahkan kepada-Ku, sebagai bahagian mereka.