Yehezkiel 42:15-20 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Apabila selesai mengukur kawasan dalam Rumah TUHAN, lelaki itu membawa aku keluar melalui pintu gerbang timur, dan mengukur kawasan luar.

16. Dengan kayu pengukur, dia mengukur sisi sebelah timur; panjangnya 250 meter.

17-19. Lalu dia mengukur sisi sebelah utara, selatan, dan barat; setiap sisi berukuran sama, iaitu 250 meter.

20. Kawasan Rumah TUHAN itu empat persegi; panjangnya tembok pada tiap-tiap sisi ialah 250 meter. Tembok itu memisahkan apa yang suci daripada apa yang tidak suci.

Yehezkiel 42