Yehezkiel 37:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Apabila Aku melakukan semua hal itu, mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.

14. Aku akan menghembuskan nafas-Ku ke dalam mereka untuk menghidupkan mereka semula. Lalu Aku akan membenarkan mereka tinggal lagi di negeri mereka sendiri. Barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN. Aku telah berjanji akan melakukan perkara itu dan Aku pasti melakukannya. Aku, TUHAN, telah berfirman.”

15. TUHAN berfirman kepadaku lagi,

16. “Hai manusia fana, ambillah sebatang kayu dan tuliskan, ‘Kerajaan Yehuda.’ Kemudian ambillah sebatang kayu lagi dan tuliskan, ‘Kerajaan Israel.’

17. Lalu peganglah kedua-dua batang kayu itu supaya hujungnya bersambung dan menyerupai sebatang kayu.

Yehezkiel 37