Yehezkiel 28:21-24 Alkitab Berita Baik (BM)

21. “Hai manusia fana, kecamlah kota Sidon.

22. Beritahulah penduduk di situ apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan: Aku musuh kamu, hai Sidon. Orang akan memuji Aku kerana apa yang Aku lakukan terhadap kamu. Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN yang suci, apabila Aku menghukum penduduk kamu.

23. Aku akan mendatangkan wabak kepada kamu dan membiarkan darah mengalir di jalan-jalan kamu. Kamu akan diserang oleh musuh dari segala arah dan pendudukmu akan dibunuh. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”

24. TUHAN berfirman, “Semua negeri jiran yang pernah menghina Israel tidak lagi merupakan duri atau belukar berduri yang menyakiti Israel. Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.”

Yehezkiel 28