Yehezkiel 26:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Pada hari pertama, bulan . . ., tahun kesebelas masa pembuangan kami, TUHAN berfirman kepadaku,

2. “Hai manusia fana, dengarlah sorakan orang Tirus. Mereka berseru, ‘Yerusalem telah hancur! Kekuatan perdagangannya sudah hilang! Yerusalem tidak menjadi saingan kita lagi!’ ”

3. TUHAN Raja berfirman, “Aku musuhmu, hai Tirus. Aku akan membawa banyak bangsa untuk menyerang kamu. Mereka akan datang seperti ombak laut.

4. Mereka akan memusnahkan tembok-tembok kota kamu dan merobohkan menara-menara kamu. Selepas itu Aku akan menyapu segala debu sehingga tinggal sebuah batu sahaja.

Yehezkiel 26