Yakobus 4:4-9 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Kamu orang yang tidak setia! Kamu tahu bahawa orang yang bersahabat dengan dunia menjadi musuh Allah. Oleh itu, sesiapa yang mahu bersahabat dengan dunia, menjadi musuh Allah.

5. Janganlah anggap ringan ayat Alkitab ini, “Roh yang penuh dengan keinginan keras, ditempatkan oleh Allah dalam diri kita.”

6. Meskipun demikian, rahmat yang diberikan oleh Allah lebih kuat. Itulah sebabnya di dalam Alkitab tertulis, “Allah menentang orang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati.”

7. Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.

8. Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik!

9. Hendaklah kamu menyesal, menangis, dan meratap! Hendaklah ketawa kamu menjadi tangisan dan kegembiraan kamu menjadi kedukaan!

Yakobus 4