Ulangan 8:19-20 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Jangan lupa akan TUHAN, Allah kamu, dan jangan pergi kepada tuhan-tuhan lain untuk menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan itu. Aku memberi amaran kepada kamu hari ini bahawa jika kamu melakukannya juga, kamu pasti binasa.

20. Jika kamu tidak taat kepada TUHAN, maka kamu akan dibinasakan seperti bangsa-bangsa yang akan dibinasakan-Nya apabila kamu bergerak maju.”

Ulangan 8