Ulangan 7:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)

7. TUHAN mengasihi kamu, dan memilih kamu bukan kerana bilangan kamu lebih besar daripada bangsa-bangsa lain; sebenarnya kamu bangsa yang terkecil di bumi.

8. Tetapi TUHAN mengasihi kamu, dan Dia hendak memenuhi janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu. Itulah sebabnya Dia menyelamatkan kamu dengan kuasa-Nya yang besar, dan membebaskan kamu daripada diperhambakan oleh raja Mesir.

9. Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya,

10. tetapi Dia tidak akan teragak-agak menghukum orang yang membenci Dia.

11. Oleh itu, taatilah apa yang sudah diajarkan kepada kamu; patuhilah semua hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini.”

12. “Jika kamu mendengarkan hukum ini dan melaksanakannya dengan setia, maka TUHAN, Allah kamu akan terus menepati perjanjian yang dibuat-Nya dengan kamu dan menunjukkan kasih-Nya kepada kamu, sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.

Ulangan 7