Ulangan 6:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu.

6. Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini.

7. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.

8. Ikatkan hukum itu pada lengan kamu dan ikatkannya pada dahi kamu sebagai peringatan.

Ulangan 6