1. Musa mengumpulkan semua orang Israel lalu berkata kepada mereka, “Hai umat Israel, dengarlah semua hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Pelajarilah semua hukum ini dan taatilah semuanya dengan setia.
2. TUHAN, Allah kita sudah membuat suatu perjanjian dengan kita di Gunung Sinai.
3. Dia membuat perjanjian itu bukan sahaja dengan nenek moyang kita tetapi dengan kita juga, kita semua yang hidup hari ini.
4. Di atas gunung itu, dari dalam api, TUHAN berfirman langsung dengan kamu.