Ulangan 27:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Persembahkanlah juga korban untuk memohon berkat TUHAN, dan makanlah korban itu di situ, serta bersukacita di hadapan TUHAN, Allah kamu.

8. Pada batu-batu yang dilepa itu, tulislah dengan jelas setiap perkataan daripada hukum Allah itu.”

9. Selepas itu Musa, bersama dengan imam-imam Lewi, berkata kepada semua orang Israel, “Dengarlah, hai umat Israel, dan berikanlah perhatian. Pada hari ini kamu telah menjadi umat TUHAN, Allah kamu.

10. Oleh itu taatilah TUHAN, Allah kamu dan lakukanlah segala perintah-Nya yang aku berikan kepada kamu hari ini.”

Ulangan 27