9. Dia membawa kami ke sini dan memberi kami tanah yang kaya dan subur ini.
10. Oleh itu, sekarang kepada TUHAN, aku mempersembahkan bahagian pertama daripada hasil tanaman yang telah diberikan-Nya kepadaku.’Selepas itu letakkan bakul itu di hadapan TUHAN, dan beribadatlah kepada-Nya di sana.
11. Bersyukurlah bagi segala rezeki yang sudah diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu dan keluarga kamu. Ajaklah suku Lewi dan orang asing yang tinggal di kalangan kamu ikut serta dalam perayaan itu.