Rut 3:11-14 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Janganlah khuatir, Rut. Saya akan memenuhi segala permintaanmu. Semua orang di kota tahu bahawa kamu wanita yang baik budi pekerti.

12. Memang benar saya ini saudara dekatmu dan bertanggungjawab terhadap hidupmu, tetapi ada lagi seorang saudaramu yang lebih dekat daripada saya.

13. Tetapi tinggallah di sini dahulu. Esok pagi, jika saudara itu mahu bertanggungjawab terhadap hidupmu, baiklah. Jika tidak, saya berjanji demi Allah yang hidup bahawa saya akan bertanggungjawab terhadap hidupmu. Sekarang tidurlah hingga pagi.”

14. Rut tidur dekat kaki Boas, tetapi esok pagi, Rut bangun ketika hari masih gelap. Dia tidak mahu dilihat orang, kerana Boas tidak mahu orang tahu bahawa Rut berada di situ.

Rut 3