Ratapan 3:7-17 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Dia merantai aku dengan kuat;aku dipenjarakan tanpa harapan untuk melarikan diri.

8. Aku berseru meminta pertolongan,tetapi Allah tidak mahu mendengarkan aku.

9. Aku berjalan terhuyung-hayang;jalanku dihalangi dengan tembok batu.

10. Dia mengadang aku seperti seekor beruang;Dia menerkam aku seperti seekor singa.

11. Dia mengejar aku sehingga aku menyimpang jalan,lalu mencabik-cabikkan aku dan meninggalkan aku.

12. Dia merentangkan busur-Nya,dan menjadikan aku sasaran anak panah-Nya.

13. Anak panah-Nya menembus tubuhku,sampai menusuk jantungku.

14. Orang mentertawakan aku sepanjang hari;aku dijadikan bahan sindiran.

15. Hanya kepahitan yang diberikan-Nya kepadaku sebagai minuman dan makanan.

16. Dia menggosokkan mukaku pada tanah,dan menghantukkan gigiku pada batu sehingga patah.

17. Aku sudah lupa akan kesihatan, kesejahteraan,dan kebahagiaan.

Ratapan 3