Pengkhutbah 8:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)

7. Kita semua tidak tahu hal yang akan berlaku pada masa hadapan, dan tiada sesiapa yang dapat memberitahu kita.

8. Tiada seorang pun dapat mencegah atau menunda kematiannya. Kematian merupakan peperangan yang tidak dapat dielakkan walaupun dengan tipu daya.

9. Aku melihat segala perkara ini ketika aku memikirkan perkara-perkara yang berlaku di dunia. Sesetengah orang mempunyai kuasa, sedangkan yang lain terpaksa menderita di bawah kekuasaan mereka.

10. Pernah aku lihat orang jahat mati dan dikuburkan. Tetapi waktu pulang dari perkuburan, orang memuji orang yang sudah mati itu, di kota tempat mereka melakukan kejahatan. Semua itu sia-sia!

11. Orang sangat suka melakukan kejahatan kerana orang yang melakukannya tidak segera dihukum.

12. Walaupun orang berdosa melakukan seratus kejahatan, mereka terus hidup. Memang aku tahu orang berkata, “Orang yang taat kepada Allah akan hidup senang,

Pengkhutbah 8