Pengkhutbah 5:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Tidak kira betapa banyaknya impian kamu, atau betapa banyaknya usaha kamu yang sia-sia itu, atau betapa banyaknya kata kamu, kamu mesti tetap takut kepada Allah.

7. Jangan hairan apabila melihat pemerintah menindas orang miskin dan merampas hak mereka, serta tidak memberi mereka keadilan. Tiap-tiap pegawai dilindungi oleh pegawai atasannya, dan kedua-duanya dilindungi oleh pegawai yang berpangkat lebih tinggi.

8. Bahkan raja pun bergantung kepada hasil tuaian.

9. Jika kamu mencintai wang, kamu tidak akan puas hati. Jika kamu ingin menjadi kaya, kamu tidak akan mendapat segala yang kamu ingini. Semuanya sia-sia sahaja.

Pengkhutbah 5