Pengkhutbah 2:22-25 Alkitab Berita Baik (BM)

22. Manusia bekerja dan khuatir seumur hidup, tetapi apakah hasilnya?

23. Selama mereka hidup, semua perbuatan mereka itu mendatangkan kekhuatiran dan penderitaan batin. Pada waktu malam pun hati mereka resah. Semua itu sia-sia!

24. Sebaik-baiknya yang dapat dilakukan oleh manusia adalah makan, minum, dan menikmati hasil usaha mereka. Namun aku sedar bahawa semua ini pemberian Allah juga.

25. Siapakah yang dapat makan dan menikmati hidup tanpa Allah?

Pengkhutbah 2