Nehemia 9:28-31 Alkitab Berita Baik (BM)

28. Tetapi apabila negeri aman lagi, mereka berdosa semula,dan Engkau pun membiarkan musuh mengalahkan mereka.Namun ketika mereka bertaubat dan memohon Engkau menyelamatkan mereka,dari syurga Engkau mendengarkan seruan mereka;dan berulang kali Engkau menyelamatkan merekademi belas kasihan-Mu yang besar.

29. Engkau memberikan amaran agar mereka taat kepada ajaran-Mu,tetapi dengan sombong mereka menolak hukum-Mu.Padahal orang yang melakukan Taurat-Mu mendapat kehidupan,tetapi mereka degil, tidak taat dan tidak mahu mendengarkan.

30. Tahun demi tahun, dengan sabar Engkau memperingatkan mereka.Roh-Mu berkata-kata kepada mereka melalui para nabi-Mu,tetapi umat-Mu menutup telinga.Oleh itu Engkau membiarkan mereka dikalahkan oleh bangsa-bangsa.

31. Namun, kerana belas kasihan-Mu sangat besar,Engkau tidak meninggalkan ataupun membinasakan mereka.Engkau Allah yang pengasih dan berbelas kasihan!

Nehemia 9