Nehemia 1:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa.

7. Kami sudah menderhaka terhadap-Mu, dan tidak melakukan perintah-Mu. Kami tidak mematuhi hukum yang Engkau berikan melalui Musa, hamba-Mu.

8. Ya TUHAN, ingatlah akan firman-Mu kepada Musa dahulu, ‘Jika kamu, umat Israel, tidak setia kepada-Ku, Aku akan mencerai-beraikan kamu ke bangsa-bangsa lain.

9. Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan melakukan perintah-Ku, Aku akan membawa kamu balik ke tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah, walaupun kamu sudah tercerai-cerai di seluruh muka bumi.’

Nehemia 1