4. Niniwe pelacur itu dijatuhi hukuman.Kecantikannya sangat mempesonakan.Dia menyihir banyak bangsa,dan menjadikan mereka hambanya.
5. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman,“Hai Niniwe, Aku akan menghukum engkau!Aku akan menelanjangi engkau,dan membiarkan bangsa-bangsa melihatmu;mereka akan nampak keadaanmu yang memalukan.
6. Aku memperlakukan engkau dengan penuh kebencian;Aku melempari engkau dengan kotoran.Orang akan menatap engkau dengan rasa gerun.
7. Semua orang yang melihatmu akan berundur dan berkata,‘Niniwe tinggal runtuhan belaka!Siapakah yang turut berduka dengannya?Tiada lagi yang mahu menghiburkan dia.’ ”
8. Hai Niniwe, adakah engkau lebih baik daripada Tebe, ibu kota Mesir? Tebe juga mempunyai sungai yang melindunginya seperti tembok; Sungai Nil adalah pertahanannya.