3. Tentera musuh membawa perisai merah,dan memakai pakaian seragam berwarna merah.Musuh sudah bersedia untuk menyergap!Bagaikan api, kereta kuda mereka berkilap!Kuda mereka melompat-lompat!
4. Di jalan-jalan, kereta kuda meluru tidak tentu arah,meluru ke sana sini di padang kota.Kereta kuda bersinar seperti obor,meluru secepat halilintar.
5. Pegawai tentera dikerah;mereka tersandung ketika mara.Penyerang bergerak cepat menuju tembok,menyiapkan alat pemecah tembok.
6. Pintu-pintu air di tepi sungai terbuka;maka gemparlah semua orang di istana.
7. Penyerang menangkap permaisuri,dayang-dayangnya mengerang bagai burung merpati,menebah dada kerana sedih hati.