Mikha 6:11-15 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Bagaimana mungkin Aku dapat mengampuni orang yang menggunakan takaran dan timbangan palsu?

12. Orang kaya di kalangan kamu menindas orang miskin; kamu semua pendusta.

13. Oleh itu Aku sudah mula memukul dan membinasakan kamu kerana dosa kamu.

14. Kamu akan makan, tetapi tidak kenyang; sebaliknya kamu akan tetap lapar. Kamu akan merampas barang, tetapi kamu tidak akan dapat menyimpannya. Segala sesuatu yang kamu simpan akan Aku musnahkan dalam peperangan.

15. Kamu akan menanam gandum, tetapi kamu tidak akan menuainya. Kamu akan membuat minyak daripada buah zaitun, tetapi kamu tidak dapat menggunakan minyaknya. Kamu akan membuat wain, tetapi kamu tidak dapat meminumnya.

Mikha 6