2. Apabila mereka mengingini ladang, mereka merampas ladang orang lain. Apabila mereka mengingini rumah, mereka merebut rumah orang lain. Tiada keluarga sesiapa pun, atau harta sesiapa pun yang selamat.
3. Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku bercadang mendatangkan bencana kepada kamu. Kamu tidak akan dapat melarikan diri daripadanya. Kamu akan ditimpa kesusahan, maka kamu tidak akan dapat bersikap angkuh lagi.
4. Pada masa itu kelak, orang akan menggunakan kisah tentang kamu sebagai bahan sindiran. Mereka akan menyanyikan lagu perkabungan ini:Kami sudah hancur sama sekali!TUHAN telah mengambil negeri kami lalu memberikannya kepada orang yang menawan kami.”
5. Oleh itu apabila tanah itu dikembalikan kepada umat TUHAN, tiada sesiapa pun antara kamu yang akan mendapat bahagian.
6. Orang berkhutbah kepadaku dan berkata, “Jangan berkhutbah kepada kami. Jangan berkhutbah tentang semua itu. Allah tidak mungkin mempermalukan kita.
7. Adakah kamu berfikir bahawa Israel telah dikutuk? Adakah TUHAN hilang sabar? Benarkah Dia akan melakukan perkara seperti itu? Tidakkah Dia berfirman dengan lemah lembut kepada orang yang berbuat benar?”