5. Pujilah TUHAN, Allah kita;sujudlah di hadapan takhta-Nya!Sucilah Dia!
6. Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya,dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia;mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka.
7. Dari tiang awan, Dia berfirman kepada mereka;mereka patuh kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya.
8. Ya TUHAN, Allah kami,Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu;Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang,walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka.
9. Pujilah TUHAN, Allah kitadan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci!TUHAN, Allah kita suci.